Thursday, April 22, 2010

Solat Dhuha

Solat Dhuha ialah solat sunnat yang dikerjakan pada waktu dhuha,iaitu pada masa tengahari sudah terbit lebih tinggi dari segalah hingga menjelang tengahari(sebelum matahari tegak di atas kepala).
Solat sunnat Dhuha boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat,boleh juga dilakukan dengan empat rakaat,enam,lapan atau dua belas rakaat.
Lafas niat bagi solat sunnat dhuha ialah :-
"sahaja aku berniat solat sunnat dhuha dua rakaat kerana Alla Taala".
Kelebihan Solat Sunnat Dhuha:-
Mwnurut Sabda Rasulullah s.a.w.oarng yang kekal mengerjakan solat sunnat dhuha diampunkan segala dosanya,diberikan kedudukan istimewa di sisi Allah,dijauhkan dari kesusahan hidup,dimurahkan rezekinya di dunia dan akan dibenakan untuknya sebuah mahligai khas di Akhirat.

Baca Lagi......

Sunday, April 11, 2010

Berdiri Diatas Kaki Sendiri

Untuk pengetahuan umum, Majlis Usrah Pelajar Islam (MUPIS) telah membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menyampaikan Usrah. Peluang terbuka kepada semua warga IPB dan sekiranya ada di kalangan anda yang berminat untuk menyampaikan usrah maka bolehlah berbuat demikian dengan cara menghantar emel ke: ipbmupis@yahoo.com atau terus berhubung dengan AJK MUPIS.

Dengan itu, Pada 23 Mac lalu, saudara Kamarul Razeen Bin Kamar Zaman, pelajar DBS 4A telah tampil memanfaatkan peluang yang diberikan oleh MUPIS. Pada malam tersebut, beliau telah menyampaikan Usrah yang bertajuk BERDIRI DI ATAS KAKI SENDIRI. Tahniah di ucapkan kepada beliau.

Menurut beliau, Berdiri Diatas Kaki Sendiri mempunyai satu akronim iaitu BERDIKARI. Perkataan tersebut membawa maksud melakukan sesuatu dengan sedaya upaya atas kemampuan diri sendiri dan berkebolehan dan kesanggupan melaksanakan atau menyelesaikan sesuuatu tanpa bergantung pada orang lain.
Pelbagai perkara boleh diklasifikasikan sebagai berdakari. Salah satu contoh yang dapat dilihat ialah melalui kehidupan imam kita iaitu Rasulullah Muhammad Ibn Abdullah. Pada usia baginda baru mencecah 6 tahun, ibunya Aminah telah meninggal dunia dan ketika menjangkau usia 8 tahun pula, datuknya Abdul Mutalib yang ketika itu menjadi penjaga baginda juga meninggal dunia. Maka hilanglah tempat baginda bergantung harap tetapi ia bukan kekangan untuk baginda meneruskan hidup. Pada usia baginda 9 tahun, baginda mula belajar untuk berdikari. Baginda belajar selok belok perniagaan dengan mengikuti bapa saudaranya Abu Talib ke Syam (sekarang Syria). Dari situ, baginda belajar bagaimana caranya menguruskan diri dalam keadaan serba kekurangan dan bagaimana untuk mencari sumber pendapatan walaupu terdapat pelbagai kekangan.

Bukan itu sahaja, apabila sudah kenal akan erti pentingnya usaha tanpa bergantung pada orang lain maka baginda telah mula mencari sumber pendapatan sendiri dengan cara mengambil upah sebagai pengembala kambing. Dapatkah kita lihat bagaimana seorang kanak-kanak yang telah kehilangan tempat bergangtung mampu menguruskan diri dan kehidupan walaupun serba serbi kekurangan dan menghadapi kesulitan. Inilah contoh berdikari yang ada dalam diri Rasulullah. Bukan itu sahaja, sifat berdikari juga dapat dilihat ketika baginda telah dewasa. Walaupun sudah berkahwin, baginda tidak menyerahakan segala hal urusan rumahtangga kepada isterinya sebaliknya baginda sedaya upaya melaksanakannya sendiri. Adakalanya baginda memasak, membasuh baju ada sebuah hadis yang mengatakan baginda pernah mendukung Hussein cucunya ketika solat kerana tidak mahu menyusahkan orang lain dalam menjaga cucunya yang masih kecil.

KELBIHAN SIFAT BERDIKARI

Menurut saudara Kamarul Razeen, mereka yang berdikari akan menerima banyak manfaat dan kelebihan.
1. Biasanya, mereka yang berdikari adalah seorang yang mampu memikul dan melaksanakan tanggungjawab. Ini adalah kerana mereka mampu melaksanakan dan menyelesaikan sesuatu perkara dengan sendiri maka cuba bayangkan jika ia dilakukan secara bersama dalam sesebuah kelompok, kumpulan, persatuan atau sebagainya.

2. Mereka yang berdikari juga mempunyai semangat keyakinan diri yang kuat. Ini terhasil dari sifat mereka yang selalu berusaha dalam mencapai sesuatu perkara.

3. Sifat berdikari juga membantu seseorang itu mengembangkan potensi dalam diri mereka. Ia berasaskan kepada bakat, kemahuan dan keyakinan, dan jika ia ditambah dengan berdikari pasti Allah akan mengizinkan kita mencapai apa yang dikehendaki.

4. Selain itu, mereka yang berdikari sebenarnya adalah orang yang paling banyak belajar dengan permasalahan kehidupan. Dengan itu, mereka mampu mencipta keputusan terbaik dalam menghadapi ujian atau masalah dan sudah tentu mereka mempunyai jalan penyelesaian terbaik.

Maka dengan itu, setiap orang yang ingin Berjaya perlu ada sifat berdikari dalam diri. Tetapi bukan mudah untuk memiliki sifat tersebut apatah lagi untuk melakukannya. Berikut adalah cara-cara bagaimana untuk menyemai sifat berdikari dalam diri.

Seperti kata saudara Kamarul Razeen:
1. Mempersiapkan diri dengan ilmu, iman dan amal

2. Sentiasa cuba membantu diri dan orang lain

3. Sedaya upaya melakukan sesuatu dengan kemampuan sendiri

4. Bersedia dengan kemahiran hidup (skill)

Kamarul Razeen telah berpesan kepada pelajar-pelajar supaya jangan suka untuk mencipta alasan ketika menghadapi sesuatu sebaliknya ciptalah jalan penyelesaian dan cari peluang. Ini adalah kerana dari sudut psikologi, mereka yang suka mencipta alasan, peratusan untuk mereka berdikari amat rendah.
Justeru, semailah sifat berdikari dalam diri supaya kita dapat berdiri diatas kaki sendiri. Jadikanlah Rasulullah sebagai contoh.
Wallahu A’alam.

Baca Lagi......

Wednesday, March 31, 2010

kemasukan pelajar baru IPB April 2010


Pada tarikh 2 April 2010,Jumaat iaitu esok akan diadakan pendaftaran untuk kemasukkan pelajar LCCI-IQ sesi April yang akan diadakan bertempat di Masjid Jamek Annur,WP.Labuan.
Di imlak oleh Md.Amirul Mirasan,Pelajar/ahli Majlis Usrah Pelajar Islam IPB

Baca Lagi......

ALLAH KNOWS BEST


ALLLAH KNOWS WHAT BESTS FOR US
SO WHY SHOULD WE COMPLAIN
WE ALWAYS WANT THE LAUGTHER
ANG THE MERRIMENT OF CHEER
BUT OR HEARTS WILL LOSE THEIR TENDERNESS

ALLAH TESTS US OFTEN
WITH SUFFERING AND WITH SORROW
ALLAH TESTS US NOT PUNISH US
BUT TO HELP US TO MEET TOMORROW
FOR GROWING TREES AND STRENGTHENED
IF THEY WITHSTAND THE STORM
AND THE SHARP CUT OF THE CHISEL
GAVE THE MARBLE GRACE AND FORM

ALLAH TESTS US OFTEN
AND FOR EVERY PAIN ALLAH GIVES TO US
PROVIDED WE’RE PATIENT
IS FOLLOWED BY RICH GAIN
SO WHENEVER WE FEEL THAT
EVERYTHING IS GOING WRONG
IT IS JUST ALLAH WAY
TO MAKE OUR SPIRIT STRONG

Baca Lagi......

Wednesday, March 17, 2010

baitulmuslim.com - taman keluarga Islam |

baitulmuslim.com - taman keluarga Islam


Baca Lagi......