Friday, February 19, 2010

Tazkirah: Hikmah Berdoa

Malam 9 Februari menyaksikan kehadiran seorang bekas pemimpin MUPIS di mana pada malam terssebut beliau menyampaikan satu tazkirah khas buat pelajar-pelajar IPB yang bertajuk HIKMAH BERDOA. Beliau yang saya maksudkan ialah saudara Muhamad Syaza Bin Zulkifli yang merupakan mantan presiden MUPIS. Malam tersebut telah menyaksikan seorang bekas pemimpin yang begitu berkarisma menyampaikan dan menghuraikan dengan begitu berkesan sekali mengenai hikmah berdoa.



Mungkin masih ramai lagi yang belum maklum mengenai hikmah berdoa. Bagi pelajar-pelajar yang tidak berkesempatan menghadiri sesi tazkirah malam 9 February lalu, izinkan saya meringkaskan sedikit apa yang telah disampaikan pada malam tersebut untuk dikongsi bersama.
Seperti kata saudara Syaza, sebenarnya Allah amat suka dan sayang kepada hambanya yang berdoa. Allah teramat suka kepada hambanya yang selalu meminta, merintih dan merayu kepadaNya. Apabila kita selalu berdoa, Allah akan “kenal” kita dan apa yang kita minta padaNya akan mudah dicapai. Seperti dalam firmanNya- “ berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan kepadamu”. Maksudnya disini, Allah akan memperkenankan doa-doa hambanya tetapi ia tertakluk kepada beberapa keadaan iaitu adab berdoa, cara berdoa, tempat berdoa dan sebagainya. Oleh kerana itulah pada malam tersebut saudara Syaza menyampaikan tazkirah bertajuk HIKMAH BERDOA. Ia bukan sahaja bagi menerangkan apa keistimewaan doa tetapi merungkai apa yang perlu dilakukan bagi memastikan doa itu makbul.

Sebagai seorang Muslim yang merupakan hamba kepada Allah, kita perlu tahu apa yang disukai dan apa tidak disukai Allah. Jika ingin meminta dari Dia, menghadaplah Dia dengan keadaan yang disukaiNya. Saya yakin, pasti ramai diantara kita yang sering bermonolog dalam hati; “mengapa doa aku tak pernah di makbulkan?”. Pasti ada yang membuat andaian, pendapat dan konklusi sendiri mengenai ketidakmakbulan doa mereka. Malah ada yang lebih biadap mengatakan Allah itu tidak adil dan kedekut. Ingatlah, sesungguhnya Allah itu Maha Adil, Pemurah dan Maha Kaya ( bukan mahakarya). Pernahkah kita tanya pada diri, apa yang Allah hendak supaya doa aku dimakbulkan? Malang sungguh bagi mereka yang tidak tahu akan adab berdepan dengan Allah dan sia-sialah doa mereka yang malang itu kerana doa mereka langsung tidak sampai kepadaNya. Disini saya ringkaskan adab dan syarat berdoa:

1.Berdoa dengan Ikhlas

2.Optimis Doa Diterima

3.Berdoa dengan perasaan cemas (seperti pergi temuduga)

4.Istiqamah ( jangan berdoa bila nak exam je)

5.Tidak Melampaui Batas (tidak meratap, meraung dsb)

6.Tidak Tergesa-gesa (jgn seperti Upin dan Ipin, habis solat angkat tangan 5 saat dan Amiiin…)

7.Untuk Pribadi Dulu

8.Kemantapan Hati

9.Tidak untuk Keburukan

10.Bersuara Lembut

11.Dalam Keadaan Bersih ( seeloknya berwuduk)

12.Mengangkat Tangan ( menadah tangan seperti seorang yang merayu meminta sesuatu)

13.Mengulang Doa

14.Menggunakan Asmaul Husna

15.Mengawali dengan Pujian

16.Memperbanyak Permintaan

17.Doa yang Singkat Padat

18.Berselawat Kepada Nabi

19.Tidak terlampau berpuitis di akhir doa

20.Menaati Perintah Allah dan Tidak MendurhakaiNya

Adakah kita memenuhi setiap tuntutan diatas? Inilah jawapan kepada mereka yang doanya tidak pernah dimakbulkan Allah. Dan bagi mereka yang telah memenuhi syarat dan adab ketika berdoa, sungguh amat beruntung sekali. Kerana apa?
Kerana:

1.Doa adalah sebagai pelindung dan senjata kepada setiap orang mukmin dari godaan dan hasutan syaitan serta dari kejahatan manusia.

2.Dengan berdoa akan meningkatkan lagi ketaqwaan dan kekuatan iman seseorang mukmin

3.Allah amat mengasihi dan menyukai akan hamba-hambaNya yang selalu berdoa dan
meminta sesuatu kepada-Nya.

4.Dengan berdoa akan mententeramkan jiwa kita, menjadi penawar dan penenang kepada hati yang bersedih. Firman Allah, 'Ketahuilah, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang'. (surah Ar-Ra'du ayat 28).

5.Berdoa adalah ubat penyembuh bagi segala jenis penyakit yang ada pada diri manusia sama ada penyakit zahiriah mahupun penyakit batiniah.

6.Doa merupakan tali penghubung di antara anak dengan kedua ibu bapa yang telah meninggal dunia maka doa dari anak-anaknya yang soleh amatlah dinantikan untuk mendoakan kesejahteraan mereka di dalam kubur. Bersabda Rasulullah, 'Apabila anak Adam meninggal dunia, maka putuslah semua amalannya melainkan 3 perkara iaitu, sedekah jariah, ilmu yang manfaat dan anak yang soleh yang (setiasa) mendoakannya'. (H.R.Bukhari dan Muslim)

7. Dengan berdoa Allah akan membukakan pintu rahmat-Nya kepada manusia. Bersabda Rasulullah, 'Doa itu adalah anak kunci kepada pintu rahmat'. (H.R.Ad-Dailami)

8.Doa adalah penghubung dan pengikat tali persaudaraan dan kasih sayang di antara sesama mukmin. Bersabda Rasulullah, 'Doa seseorang mukmin terhadap saudaranya (mukmin) secara diam-diam, pasti diperkenankan oleh Allah. (H.R.Muslim).

Lihatlah, begitu besarnya hikmah berdoa sehingga ia boleh menjadi salah satu jalan untuk kita mencari syurga Allah. Justeru, perbanyakkanlah berdoa. Wallahua’alam,.,

1 kata-kata anda:

mr.khairul anuar said...

salam..
syukran di atas kupasan usrah yg bertajuk hikmah berdoa ini.
sy x berkesempatan unutk mengikutinya dan sgt berterimakasih pd pihak MUPIS kerana mengepostkn ulasan usrah di blog..
smoga MUPIS terus sukses!!